Sunday, February 12, 2012

Busy basy

Sekian lama aku menghilangkan diri (padahal malas nak update) baru sekarang ada masa nak update cerita baru kat blog ni,bak kate orang dah berhabuk~.Aku baru sahaja berhenti kerja jadi promoter kat kedai bra wangsa walk,hmm kenapa mesti kedai bra kan? aku pun tak tahu tapi aku mintak semua tempat kat Wangsa Walk,mungkin rezeki aku kat situ kan.

Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur sangat2 sebab aku malas kerja dekat situ..memang tension bile tak ada sale si supervisor(alice) asyik bising je
'aiyoo macam mane ni x bukak bilnanti saya kena marah sama bos...'
itu la ayat yang selalu dia cakap,sampai aku dah hafal ayat tu, dia selau fikir macam aku ni x serve customer,orang nak masuk kedai pun tak ade.

Mula2 memang aku x suka sangat dengan dia tapi lame2 tu aku dah lali and bertambah mesra la pulak,si alice ni baik sebenarnyer siap belanja aku makan lagi. kadang2 aku saje usik dia hahaha memang seronok sampai dia sendiri yang gelak kuat pastu terduduk kat lantai :P pelik..padahal aku kutok dia hahaha

Kerja promoter ni balik lambat sampai aku x de mase nak spend time dengan family, bile dah ada peluang aku pulak yang tak hargai mase tu.bile dapat cuti aku lebih suka duduk rumah tidur puas2 pastu buat hal sendiri.tapi bile dah keje semua tu aku tolak ke tepi sebab nak 'bermanja' dengan parent aku hahaha anak bongsu la katakan :P
sekarang ni aku tengah free memang terasa jadi macam penganggur aje asyik harapkan duit parent..uhhh aku x suka sebenarnye mintak duit kat parent yela dorang kerje penat2 aku pulak pergi membazirkan duit itu dengan benda yang tak berfaedah.


Actually aku dah dapat kerja,kerja sebagai pembantu kantin sekolah agama depan rumah aku ini,gaji sehari 30 ringgit sahaja...jadilah tu asalkan rezeki masuk ;)

Friday, February 11, 2011

Balik kampung!

Bestnyer balik kampung,dah lama aku x balik rindu sangat2.Bila balik kampung benda yang kita tak boleh buat/makan semuanye boleh kat sini makan Laksa Kuala Perlis(laksa paling sedap)ikan bakar,makan ulam,makan ikan sepat ngn kerapu (sumpah sedap gile fresh plak tu :D )pastu boleh pancing ikan,main kat sawah,main layang2 macam2 lagi lah.

Sekarang ni,balik kampung pun dah x best yela Tok teh(nenek) pun dah tua,Mak teh(mak cik aku) pun dah tua tak larat dah nak layan aku ngn family aku atas sebab usia yang dah lanjut.Rumah pun dah tak best,dah ganti batu,aku lebih suka dengan kayu baru ada feel kampung,aku tak tahu kenapa aku rindu sangat2 dengan masa lalu aku(masa kecik) masa balik kampung,memang masa dulu memang best tapi sekarang berbeza sangat tak macam dulu lagi :(

Kampung kat Perak,Parit pun sama tak de sape pun kat situ lagi hmm.. hanya tinggal kenangan saja :( ,Opah dengan atuk dh lama meninggal,rumah kat situ memang sunyi sangat sebab depan dengan sungai perak sape nak lalu kat sungai tu? tapi sekarang ni kerajaan dah buat jambatan untuk laluan motosikal pergi ke pekan Parit,memang depan2 jalan rumah Opah aku hmm tak de la sunyi sangat kalau lalu kat situ dah,ada la jugak orang datang "jengok"(tumpang letak kete je) haha.Memang tiada ganti untuk semua ini..







Ni la Tok teh aku haha rock en siap rambut pacak agi,umur pun dh mencecah 100 tahun dasyat kan..

Monday, December 13, 2010

kejadian yang bodoh!







lepas naik kereta dari hantar kakak aku, aku dapat satu mesej dari kakak aku (liana) dia kata

MESEJ 'weh..miow dah mati!!!! hidung dia berdarah'

Mula2 aku tak percaye tapi bila aku fikir balik miow memang sakit dia tak seceria macam sebelum ni,tibe2 hati aku sebak sampai air mate aku mula mengalir.

Sebelum ni kucing aku yang lain mati sebab termakan racun.Sedih sangat mase dalam perjalan balik ke rumah,aku menangis sambil teringat kenangan aku dengan dia.Baru2 ni kucing aku kity pery dah mati...kali ni miow pulak.Hati aku ni sensitif sikit cepat menangis. :'(


Sampai je dekat rumah aku cepat2 lari cari miow tapi yang peliknya tak nampak pulak mayat dia then aku tanye kak aku
Aku:'mane miow?!!!'
Liana: dah mati...(muka macam nak tergelak) miow ada kat bilik ko..

aku cepat lari naik atas, tibe2 aku ternampak muka miow kat lantai, apa lagi aku cepat usap dan tengok hidung dia yg berdarah tu. Terima kasih ya Allah!!kau panjangkan umur miow

Bersyukur sangat2 miow masih hidup terase macam mimpi je tadi hahaha.lepas kejadian tu kakak aku tak habis esik aku sebab aku nangis bagai nak rak! tapi aku tak kesah..apa yang penting miow aku masih hidup :D


Sayang~~ miowwwww!!

Saturday, October 23, 2010

Konvo

Sorry readers!! dah lame tak update blog.Last week kakak aku yang sulung( hazimah)dia dah graduate kat UPM dia amik kos holtikultur.

Bawah ini adalah gabungan picture mase konvo hari tu,saje nak share kat korang semua :)




Yang edit dan tangkap picture ini kakak aku no 2(liana)

Friday, October 1, 2010

Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?


Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

DARI -->> http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/878-bagaimana-jika-allah-mencintai-kita.html



MasyaAllah!! hebatnya cinta Allah dan betapa besarnya nikmat yang kita dapat dengan mencintai Allah sahaja.Ya Allah sesungguhnya aku ingin mencintai mu ya Allah,tapi hambamu telalu leka dengan dunia yang sementara ini..Bantulah hamba mu yang lemah ini.

cintailah Allah kerana cinta Allah adalah cinta yang Sejati ;)

Tuesday, September 28, 2010

Bruno Mars - Just The Way You Are [Official Video]




love this song... <3
Aku selalu berangan yang ada orang nyanyi lagu ni dekat aku.. dan orang itu adalah Suami aku hikhikk :P

Monday, September 27, 2010

Lalat Kreatif



Ewww... disgustig! but creative right?? haha enjoy....