Sunday, February 12, 2012

Busy basy

Sekian lama aku menghilangkan diri (padahal malas nak update) baru sekarang ada masa nak update cerita baru kat blog ni,bak kate orang dah berhabuk~.Aku baru sahaja berhenti kerja jadi promoter kat kedai bra wangsa walk,hmm kenapa mesti kedai bra kan? aku pun tak tahu tapi aku mintak semua tempat kat Wangsa Walk,mungkin rezeki aku kat situ kan.

Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur sangat2 sebab aku malas kerja dekat situ..memang tension bile tak ada sale si supervisor(alice) asyik bising je
'aiyoo macam mane ni x bukak bilnanti saya kena marah sama bos...'
itu la ayat yang selalu dia cakap,sampai aku dah hafal ayat tu, dia selau fikir macam aku ni x serve customer,orang nak masuk kedai pun tak ade.

Mula2 memang aku x suka sangat dengan dia tapi lame2 tu aku dah lali and bertambah mesra la pulak,si alice ni baik sebenarnyer siap belanja aku makan lagi. kadang2 aku saje usik dia hahaha memang seronok sampai dia sendiri yang gelak kuat pastu terduduk kat lantai :P pelik..padahal aku kutok dia hahaha

Kerja promoter ni balik lambat sampai aku x de mase nak spend time dengan family, bile dah ada peluang aku pulak yang tak hargai mase tu.bile dapat cuti aku lebih suka duduk rumah tidur puas2 pastu buat hal sendiri.tapi bile dah keje semua tu aku tolak ke tepi sebab nak 'bermanja' dengan parent aku hahaha anak bongsu la katakan :P
sekarang ni aku tengah free memang terasa jadi macam penganggur aje asyik harapkan duit parent..uhhh aku x suka sebenarnye mintak duit kat parent yela dorang kerje penat2 aku pulak pergi membazirkan duit itu dengan benda yang tak berfaedah.


Actually aku dah dapat kerja,kerja sebagai pembantu kantin sekolah agama depan rumah aku ini,gaji sehari 30 ringgit sahaja...jadilah tu asalkan rezeki masuk ;)

No comments:

Post a Comment